Home / Entertainment / [VIDEO] Buat Content Prank ‘Acah’ Nak Tampar Orang Awam, Polis Buru Youtuber Viral Ini

[VIDEO] Buat Content Prank ‘Acah’ Nak Tampar Orang Awam, Polis Buru Youtuber Viral Ini

Menerusi video yang dikongsi oleh @juice.my, kelihatan rakaman itu memaparkan seorang Youtuber yang dikenali sebagai Mizan Majid sedang membuat content konon ingin menampar orang awam.

Namun, videonya itu mendapat kecaman netizen kerana ramai berpendapat content seperti itu tidak sesuai dilakukan di Malaysia kerana cara penerimaan orang kita dan barat adalah sangat berbeza.

Malah, ada yang trauma sehingga dua orang gadis dilihat berlari ketakutan akibat takut disergah secara tiba-tiba begitu di dalam shopping mall.

Lebih heboh lagi, polis juga mengesan Youtuber tersebut dan mencarinya untuk mengenakan tindakan lanjut. Namun begitu, Mizan Majid telah tampil memohon maaf secara terbuka melalui video di YouTube channelnya.



Source link

Leave a Reply