Home / Entertainment / “Naik 10 Sen Hingga 45 Sen”

“Naik 10 Sen Hingga 45 Sen”

Kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran sudah cukup membimbangkan, kini pengeluar roti tempatan Gardenia pula dilihat akan menaikkan harga roti mereka mulai 1 Disember 2021.

Pengguna di Semenanjung Malaysia bakal terpaksa membayar tambahan sekitar 10 hingga 45 sen untuk produk berasaskan roti keluaran Gardenia.

Antara harga baharu lain bagi produk Gardenia ialah Gardenia Original Classic Jumbo 600g RM4 (naik daripada RM3.55), dan Gardenia Bran & WheatGerm 400g RM2.90 (naik daripada RM2.50).

Selain itu, harga Gardenia Fluffy Buns akan naik kepada RM3.70, dan Gardenia Puazz Buns kepada RM1.30.



Source link

Leave a Reply