Home / Entertainment / Lebih 5 Juta Views, Video Wanita Buat Kejutan Hamil Dekat Suami Ini Undang Sebak Netizen

Lebih 5 Juta Views, Video Wanita Buat Kejutan Hamil Dekat Suami Ini Undang Sebak Netizen

Menerusi video yang dimuat naik oleh @firdaalfionida11, kelihatan dia baru saja mendapat tahu dirinya hamil pada pukul empat pagi selepas membuat ujian kehamilan.

Dia yang tidak sampai hati mahu mengejut suaminya seawal itu mengambil keputusan untuk menunggu sehingga azan Subuh berkumandang.

Sebelum suaminya mengambil wudhu, dia pelik kerana melihat si isteri asyik merakamnya. Tetapi, wanita itu mengabaikan saja pertanyaan si suami dan menunggu sehingga suaminya habis mengaji.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila cubaan wanita itu untuk memberi kejutan kepada suaminya hampir terkantoi kerana dia meletakkan test kit hamil di belakangnya. Akhirnya apabila si suami menoleh, wanita itu terus memeluk suaminya kerana tidak mampu menahan rasa bahagia dan sebak.



Source link

Leave a Reply