Home / Entertainment / Isteri Curiga Terjumpa Mask Bergincu Dalam Kereta, Rupa-Rupanya Suami Malas Layan Sebab…

Isteri Curiga Terjumpa Mask Bergincu Dalam Kereta, Rupa-Rupanya Suami Malas Layan Sebab…

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @aina2wins, kelihatan dia sedang berada dalam kereta bersama suaminya untuk menuju ke sebuah destinasi.

Namun, dia menjadi curiga dan mula berprasangka buruk kepada suaminya selepas terjumpa face mask yang terdapat kesan gincu di dalamnya.

Suaminya dilihat malas nak melayan apabila disoal tentang tuan empunya face mask itu dan menyuruh si isteri bertanya kepada anak perempuan mereka.

Lebih melucukan lagi, rupa-rupanya face mask tersebut dipakai oleh anak mereka semasa mereka pergi bercuti ke Cameron Highlands.

“Rupanya tu face mask bonda, kak long pakai masa kat Cameron dia kata memang ada kesan gincu dekat situ. Patutlah papa dia malas layan mama. Hahahaha,” katanya.



Source link

Leave a Reply